Tuesday, December 04, 2007

Cicak yang Durjana

Semalam Emme ajak melepak di persisiran laut Queensbay Mall. Bes la makcik ni, sebab hobi dia makan, dan hobi aku pula makan bila diajak makan. Petang tu mmg indah la, cewah… bukannye wat apa pun, makan kuih2 dan ayaq kat batu-bata tepi laut queensbay tu jer, bersama rakan-rakan lain – nando, kak ilah, rash, dan adikku. Semakin lewat, smakin banyak angin-bayu senja lah tu kot.

Hmm sebenarnya aku pun tatau apa yang aku nak tuleh… haha…

but.. sbnarnya melepak tanpa tujuan selepas sehari bekerja ni mmg bes… sbb merilekskan diri serba sedikit lah. So kami pun bersembang, merepek,ketawa2 dan menyakat sesame sendiri. Bila dah konpem senja… berlari-lari anaklah kitorang ke queensbay mall itu dan menjalankan rukun islam yang kedua. Selepas puas melepak dan memenangi tmpt pertama di racing circuit Daytona, pergilah kami untuk makan malam di gold coast (bayan bay).

Bertapa di pondok feveret, dan waaaa angin pantai dia sunggoh lah bes. Ramai pulak malam itu, rupa2nya budak2 matrik kmpp… waaa ini sudah kira junior cycle ke berapa ntah :) sebelum pulang smpt lah kami interview bdak2 yang melepak bermain pasir pantai berdekatan pondok kami itu. Kelab bowling kata mereka… waduh2 , kmpp sudah ada kelab boling gituh, wuuu… gitu skali.

Setelah di drop kan di skul, daku bawak kete… dan bersama kak ilah dan adikku menuju ke tekun. Rancak aku bersembang dengan kak ilah, tidak ku sedar adikku menyebut “macam bee movie” berkali-kali…

Tiba-tiba aku terlihat cicak durjana muncul di hadapan bonet depan kereta ku, membuatkan aku terjerit kegilaan… kerana aku sememangnya menci dan takut dan menyampah dengan cicak – cicak sedunia.

Mereka berdua pun sudah ke-gabra-an kerana aku masih menjerit2 tanpa memberikan konsentrasi penuh pada pemanduan aku. Mencii!!!! Aku geliiii…. Menulis di sini… mengingat kembali juga buat aku menjadi geli geleman semula… berani itu cicak! Boleh dia memandang muka aku apabila dia sampai ke cermin depan itu.. berani sungguh ya! Akhirnya kerana kekeliruan yang melampau, cicak itu kamikaze lalu melompat dari bonet depan kete tersebut. Namun aku terus juga pull over dan turun untuk memastikan cicak itu betul-betul sudah kamikaze… syukurlah dia dah takdok…. Huuu.. mengggeletar aku dan hamper mau menangis aku di situ…

Sampai ati ko cicak.. hari ku yang indah diakhiri nightmare yang terbawa-bawa sampai ke mimpi selepas ku pulang untuk tidur… tidakk!!! Jgn ganggu idop ku lagi, cicak… !!!!

mesej ini disampaikan khas kepada cicak-cicak sedunia...

~ sekian terima kasih ~