Tuesday, December 04, 2007

Cicak yang Durjana

Semalam Emme ajak melepak di persisiran laut Queensbay Mall. Bes la makcik ni, sebab hobi dia makan, dan hobi aku pula makan bila diajak makan. Petang tu mmg indah la, cewah… bukannye wat apa pun, makan kuih2 dan ayaq kat batu-bata tepi laut queensbay tu jer, bersama rakan-rakan lain – nando, kak ilah, rash, dan adikku. Semakin lewat, smakin banyak angin-bayu senja lah tu kot.

Hmm sebenarnya aku pun tatau apa yang aku nak tuleh… haha…

but.. sbnarnya melepak tanpa tujuan selepas sehari bekerja ni mmg bes… sbb merilekskan diri serba sedikit lah. So kami pun bersembang, merepek,ketawa2 dan menyakat sesame sendiri. Bila dah konpem senja… berlari-lari anaklah kitorang ke queensbay mall itu dan menjalankan rukun islam yang kedua. Selepas puas melepak dan memenangi tmpt pertama di racing circuit Daytona, pergilah kami untuk makan malam di gold coast (bayan bay).

Bertapa di pondok feveret, dan waaaa angin pantai dia sunggoh lah bes. Ramai pulak malam itu, rupa2nya budak2 matrik kmpp… waaa ini sudah kira junior cycle ke berapa ntah :) sebelum pulang smpt lah kami interview bdak2 yang melepak bermain pasir pantai berdekatan pondok kami itu. Kelab bowling kata mereka… waduh2 , kmpp sudah ada kelab boling gituh, wuuu… gitu skali.

Setelah di drop kan di skul, daku bawak kete… dan bersama kak ilah dan adikku menuju ke tekun. Rancak aku bersembang dengan kak ilah, tidak ku sedar adikku menyebut “macam bee movie” berkali-kali…

Tiba-tiba aku terlihat cicak durjana muncul di hadapan bonet depan kereta ku, membuatkan aku terjerit kegilaan… kerana aku sememangnya menci dan takut dan menyampah dengan cicak – cicak sedunia.

Mereka berdua pun sudah ke-gabra-an kerana aku masih menjerit2 tanpa memberikan konsentrasi penuh pada pemanduan aku. Mencii!!!! Aku geliiii…. Menulis di sini… mengingat kembali juga buat aku menjadi geli geleman semula… berani itu cicak! Boleh dia memandang muka aku apabila dia sampai ke cermin depan itu.. berani sungguh ya! Akhirnya kerana kekeliruan yang melampau, cicak itu kamikaze lalu melompat dari bonet depan kete tersebut. Namun aku terus juga pull over dan turun untuk memastikan cicak itu betul-betul sudah kamikaze… syukurlah dia dah takdok…. Huuu.. mengggeletar aku dan hamper mau menangis aku di situ…

Sampai ati ko cicak.. hari ku yang indah diakhiri nightmare yang terbawa-bawa sampai ke mimpi selepas ku pulang untuk tidur… tidakk!!! Jgn ganggu idop ku lagi, cicak… !!!!

mesej ini disampaikan khas kepada cicak-cicak sedunia...

~ sekian terima kasih ~

4 comments:

Anonymous said...

huh…dolu pernah alami peristiwa cam gini..malah lebih menggerun kan. tgh sedap2..bawak keta kancil(keta kecik..jd mudah cicak tu nak kemana2 dgn cepat ok..)tiba2 jer terjenghoi sekor cicak meleeekatt kat depan cermin btoi2..dpn muka hamba selaku drebar. dahla sorang2..dah mcm iklan minyak apa tu yg cicak melekat..kena angin pun tak terbang. camtu ler ropa dia melekat..sbb bwk keta..kena angin pun dia tak melayang. dah tu..yg paling gerun masa tu nak masuk tol sg2 nak p sp. elok2 nak sampai kat tol..serba salah nak bukak tingkap, cicak tu dah berjalan2..menuju ke tepi tingkap and shuupp ilang!! misteri nusantara! tohan je tau mcm mana takot nak nangih gabra nak kencing semua ada masa nak bukak tingkap tu. masa bukak tingkap amik tiket tu..mata melilau tgk keliling tingkap..bwh2..muka glabah…sampai org tol tu pun dok belek sama…hee..begitu lahh serba sedikit..kesimpulannya.. perjalanan aritu tak tenteram sbb dok pk kot2 cicak ada dlm keta!!

sekian wassalam.


posted: 2007/12/04 at 9:34 PM

Anonymous said...

klakor klakor…..

posted: 2007/12/13 at 5:02 PM

Anonymous said...

hahahahahhaaa…. tak sangka kak jujue pun pernah melalui pengalaman yg sama… eiuwww… geli kann???? nampak gayanya… kita kena buka pertubuhan baru “Kelab Anti-Cicak SeMalaysia” lah lepas ni… rasanya Acha pun akan volunteer nak join :P

Anonymous said...

haa, aku sebagai org dalam kereta tu pun tumpang cuak juga, kerana azleena telah ter-lost control kereta dia, sambil menjerit2. hahaha…

posted: 2007/12/13 at 8:08 PM