Thursday, August 12, 2010

Nostalgia berpuasa...

Di bulan Ramadhan ni, tiba-tiba nostalgia lama kembali dlm ingatan. Cewah.... Ini kira first time belajar nak puasa, when i was 7 in Standard 1. Ye lah, dah masuk skolah, malu dgn kawan kalau cakap tak puasa, kan. So confident je thot I was ready nak puasa. With Azira, my partner in crime… we challenged each other, siapa boleh puasa lagi banyak hari. Lepas dah berjinak-jinak puasa tu (walaupun separuh hari masa tu), tiba-tiba pula dengar rumors yang kalau puasa, air liur pun takleh telan. Kalau telan, batal posa.

So ada skali tu masa recess-time, tengah main- main kt mangosteen trees tepi volleyball court, sebab tak pi kantin… Then suddenly terkuar issue air liur nie, Azira and I both tiba – tiba dah cuak.... cam mana ni, kena stop menelan air liur lah, kalau tak batal nih. Tanpa merujuk pada pihak ketiga, kami nekad! So kami berdua tahan air liur tu, bila dah banyak terkumpul (eeeeuuu).. tatau nak spit kat mana pulak. Tiba-tiba... masa tu jugak la *bellRing (loceng bunyi untuk ke dewan untuk perhimpunan lepas recess). ALAMAK ! Dlm kekalutan dan sambil bercakap dengan mulut penuh takungan, dok gabra gaduh tatau nak ludah kat mana? Banyak giler, semulut dah ada… Pengawas plak dah datang, dgn muka garang suruh masuk dewan… So, dalam kekalutan dan suasana tegang itu, kami pun bersama-sama decide menelan aje air liur ditakung tu… hua hua hua… eeYuckkkk! Banyak giler tuh! Wek wek wek.... Perasaan geli tuh takleh lupa sampai skang! Pengajarannya di sini, lenkali jgn nak pandai-pandai buat/ikut fatwa yang takde kesahihannya.

Darjah dua masih curi-curi minum air bila orang tak nampak. Darjah tiga dah puasa betul – betul, tapi maybe ada la skip beberapa hari. Darjah empat dah belajar puasa penuh. Dugaan besar, time sekolah sesi petang. Dah umur 13, patut dah terer puasa ni…. Tapi sebab dah penat dok kt skolah sampai lewat petang, dah tu bas sekolah aku lak sampai sangat la lambat dan kami terpaksa tunggu lama, jadi makin exhausting. Sekali sekala sambil tunggu bas tu, dok ushar satu rumah ni dekat kawasan menunggu tu… rumah dia ada halaman luas, dan jauh di sudut ada sebuah tempayan di sebelah sebuah kolah. Bila time-time dah penat sangat, renung je kolah dan tempayan tu… dah terbayang dah mandi air sejuk tu dan betapa besnya minum air tempayan sejuk tu…kalau dpt setitik dua pun j...PooonPooon… eh bas dah sampai! bila tersedar dr lamunan tu, termalu lah sendiri dgn fantasi kolah dan tempayan aku tu… erk…

Makin membesar, dah dapat atasi fantasi-fantasi mcm tu…. Kalau tengah puasa dan orang makan kfc kt sebelah pun tak heranz. Hmmm yeke… Yer Bolehh…..

Masa kecik-kecik dulu, fokus utamanya more to boleh tahan lapar dahaga ke tak, boleh lawan temptation nak makan minum ke tak. Pastu selalu alert takut kalau silap-silap tergali idung ke telinga ke tanpa sedar. akekeke... Tapi, wahai kanak-kanak, Ustazah ada cakap, puasa ni bukan control makan minum je, kena jauhi semua perbuatan tak berfaedah, jahat dan maksiat. Masa tu, maksiat paling besar yang boleh kita imagine adalah mengumpat. So tiba-tiba je, semua jadi baik tak nak ngata sapa-sapa. Kalau ada sesiapa yang terkuar statement ala-ala mengata nie, dan-dan sorang sorang start nak quote ustazah :P

Little did I know then....
Rupa-rupanya makin besar, makin banyak lagi “temptation” untuk buat perkara-perkara tak berfaedah… Rupa - rupanya dugaan makin banyak, pintu ke arah pelbagai jenis maksiat menjadi semakin meluas dan semakin kreatif pun ada.

Tapi bila dah makin besar ni, kita pun seakan-akan makin lebih pandai nak justify segala perlakuan kita. Apa je kita buat, ade je justification nye kan. Dah takde sapa dah nak tegur dengan quote2 ustazah mcm zaman kecik-kecik dulu, ye tak :) Kalau ada yang tegur pun, kita sama ada jadi malu, tak suka, ego atau tak selesa... dah tak terbuka dan boleh terima teguran dengan senyum kambing mcm kecik-kecik dulu.

Hmmm... bila ckp bab-bab agama masih banyak menda yang aku taktau... bak kata pepatah "cukup makan je"...  tanamkan niat wahai gadis, anda Ilmu tak banyak....jadi rajin-rajinlah mencari..... Amal tak banyak.... jadi rajin-rajinkanlah beramal....wokey macha?

Sejauh mana penghayatan aku bulan Ramadhan ni? Lebih daripada tu... aku terfikir jugak, Sejauh mana kah penghayatan aku pada amalan-amalan yang di buat di bulan Ramadhan.... (i.e. baca Quran, Solat2 Sunat, Sedekah etc) pada bulan-bulan lain. Di bulan Mulia ini, kita perbanyakkan, itu tak bermaksud di bulan lain kita minimize/ lupakan terus, ye dok? :-)

~Peringatan untukkku....


MarHaBan ya RaMadhan...

SelaMat BerPuasa ye KenKawan seme, muslimin muslimat semua....
Semoga kita mndapat KeBerkatan dari-Nya....
Amin.