Tuesday, April 14, 2009

Jalan-jalan Isi Lemak

Amaran: Very Long Post
Roti Bakar Telur Satu!


Oh Tidak... Ini bukan tempat makan yang mempunyai khidmat hantaran melalui panggilan mahupun menerusi sms. Sebaliknya... haruslah pergi terus ke Transfer Road bagi menikmati kelazatan sarapan pagi yang paling common di Malaysia - Roti Canai.


Yes.. sambil melayan suasana pagi di tepi jalan raya.


Secara rasminya, ini adalah aktiviti ulangan iaitu Jalan-Jalan Cari Makan-Siri II. Siri I adalah pada tahun lepas 23Feb2008.


Lokasi Pertama (gambar di atas tadi) - Transfer Road, Penang (island)
Keistimewaan tempat itu adalah sarapan pagi Roti canai dengan suasana Penang Town.
Lokasi seterusnya adalah di seberang Pulau Pinang. Jadi 3 kereta berkonvoi ke destinasi seterusnya.


Lokasi ke-2 di kenali sebagai Rope Walk, Taman Selat (Area Perai). Ini merupakan tempat jualan yang mempunyai pelbagai variasi barangan, daripada yang baru kepada yang second-hand. Siap ada kedai jual kaki burung unta weh? apakah motif?


Antara list of things bought by some of us:
1. buku coloring untuk kanak-kanak
2. eraser bentuk haiwan yang ada kaki
3. mercun pop-pop
4. dinosor plastik
5. seluar track imitation yang sungguh lawa
6. pil chi kit teck aun
7. etc...



Lokasi Ke-3:
Adalah makan tengahari... di sini: Ikan Bakar Din, Kepala Batas



Memang mengancam hati dan perut sesapa yang memandang, apatah lagi apabila aura hasap ikan dan daging sedang dibakar menusuk idung.

Antara lauk yang kami ambil. Ada lagi yang tak masuk dlm gmbar ini.. ada sotong dan ikan bakar. Untuk pengetahuan anda... daging bakar (di belah kanan gambar) tu marbeles lah! Ada certain part daging itu, dipanggil harimau nangis, sbb kalau harimau makan pun, sampai dia bleh menangis... Nak tau kenapa... kenalah cuba makan dulu ;-)

Memang kenyang dan puas hati lah....

Selepas makan... kita kena lah rehatkan perut, ye dok?


Lokasi ke-4: Pantai Robina, Butterworth
Dengan harapan menyedut keluar kalori yang di isi tadi...
Lokasi ke-5: Buah Cicah, Butterworth



Eeeeeeeee.... Sedap.... sangat suka....



Lokasi ke-6: Rumah Nando & Emme, Perda Bt Mertajam

Ini adalah sesi pre-housewarming. Pasangan tuan rumah baru berpindah seminggu dan kami sangat berbesar hati menerima undangan mereka. Di sini, kami dihidang dengan jamuan ringan minum petang. Ouhh sedap sungguh nescafe BB buat! Setelah berehat-rehat dan agak-agak dah rasa ada ruangan sedikit di perut masing-masing, kami pun berangkat ke lokasi seterusnya, lokasi akhir.


Lokasi ke-7: Juru - Nasi Ketam

Mengikutkan perancangan, kami mahu makan di tempat ini:
Memang sodap la nasi ketam di sini. Malangnya, tempat ini tutup pada hari itu. Selalunya dibuka pada hari Ahad... hmmm... apakan daya... namun, worry not! Di perkampungan itu, ada beberapa lagi pilihan tempat makan yang tidak kurang hebatnya...

Kami memilih restoran ini:

Menariknya tempat ini, adalah ia betul-betul bersebelahan jeti nelayan... or you can say, kinda attached to it.
Permandangan matahari mula terbenam. *kawasan paya bakau.

Si Bangau menangkap ikan dgn bantuan cahaya matahari yang makin malap.

Menu yang dicari-cari: Masak Ketam

Ada yang memilih Udang sebagai hidangan. Mee Udang antara pilihan fofular kt sini.


Destinasi akhir ini merupakan dinner kitorang, dan dengan itu mengakhiri projek jalan-jalan cari makan Siri II. At the end of the day, semua orang pulang dengan kekenyangan dan heppi.

10 comments:

fazot said...

i setuju. jom pergi buah cicah lagi! cant get enough of it.

Ar Joni said...

nice post..i like it

Yasz said...

terliur cheq ! ishk2..nak join makan gaks!=p

zlee said...

ahaha... melantak would better describe it! omyn bila mau roll mai sini?

Yasz said...

azleena..i suke u , u tau nape?sbb u sorang jer spell my nickname omin with a y...u sorang jer write it omyn..haha..neways, taktauler bile nk p sana..hehe

Yasz said...

go on babe..i likey2 it!=p

Jessie C said...

alamak sorry, im suppose to enjoy all the other pics but i got stuck looking at that 2 big prawns! HAIYOOO air liur meleleh

zlee said...

hahaha... dun meleleh.. mai pulang cepat to taste neverending supply of sambalness and kuah pedas... hoohohoohoh...

Ar Joni said...

ahaa...da prawns was mine...
MINEE...MINEEEEEEEEEEE
ayak...im craving for more
prawnsssssss

zlee said...

aku sarankan beli kt market gelugor, mcm2 saiz ada.. then ko bleh masak, sambal udang kurang pedas.. yeahhh.. kalo ada lebih nanti boleh la bawak bekalan dinner utk rakan2 gym anda.. slalu buat brekfes ahad.. x dpt rasa maa :P~