Tuesday, March 29, 2011

Evolusi memasak di lembah amarika sarikat...

Mari kita cakap pasal memasak...

Once upon a time, saya adalah 'agak' rajin memasak... especially sambal, dan sambal udang saya adalah disukai ibu. Tetapi ianya berubah!! apabila penyakit keliatan menular dalam diri saya kerana diri ini begitu bergelumang dalam dunia siber dan dunia menjadi seorang pelajar (dan juga dunia tapau-menapau, dok hostel...). Akibatnya, feel itu agak lari. Tapi saya sentiasa memasang niat untuk kembali ke arena dapur dan masak memasak... 

Sejurus selepas saya tersadai kt lembah amarika ni sorang-sorang, maka nya... haruslah menjadi rajin memasak. Hahahhaa... kasihan diriku.... dah takdak makanan dimasak ibu, nasik kandaq, pasemboq, thai tomyam, ikan bakar dan sewaktu dengannya. Adalah sgt wajar saya menangis dan meraung sekuat hati kerana terbiasa hidup dalam sorga makanan yakni di pulau pinang, pulau mutiara.. Tetapi tidak... anak pak kassim ini kekal tegar dan mula mengushar2 alternatip-alternatip yang ada. Pada mulanya, sebelum tiba di sini, beliau agak bersedia untuk berubah menjadi vegetarian selama 6 bulan kerana tidak dpt mengagak situasinya bagaimana. Siap kononnya, mahu membawa nasi impit dalam peket sebab takut tidak jumpa nasik... walhal hakikatnya, berlambak-lambak dan bermacam-macam jenis beras dan nasik ready-on-microwave di walmart dan swaktu dengannya. Nasib baik tidak dibawak bungkusan kecil nasi impit itu dalam luggage, tak pasal-pasal nanti ditahan imigresen disangkakan dadah jenis baru :S

Pada minggu kedua, peralatan memasak telah dibeli...

Attempt masak Paleolitik:
Salmon Sausage di potong-potong + Tuna  --> dimasak dgn sos cili dan kicap dan bawang
di-iringi sayuran yg ditabur italian dressing.



Bertambah indah hidupku apabila mengetahui kedai "gandhi international market" berada berdekatan rumah saya, menjual barang-barang dari India dan jugak Asia tenggara. Di situ telah ku jupe frozen roti paratha a.k.a roti canai made in malaysia lagi u.... terubat duka lara. Di situ juga terdapat beberapa jenis rempah ratus yang boleh digunakan... tidak perlu risau pasal kari lagi, tidak perlu ibubapaku mengepos serbuk kari cap Alagappa's atau Baba's.

Evolution memasak kita trus melompat ke zaman neolitik:
Salmon sausage lagi.... (nampak sangat masih ketandusan bekalan ketika itu)...
Dimasak dengan smoked oysters dengan BBQ sauce.... alamak.... sedap la plak..... tahniah! :P Di iringi dengan sup ayam cambell, yg dibawa dr Mesia (dlm peket).



Dan mereka yang prihatin telah membawa ku ke Halal Market di mana aku mendapatkan bekalan ayam-ayam ku... dan baru-baru ini di kedai Gandhi itu juga telah mempunyai bekalan daging dan ayam frozen dari supplier muslim....makanya bolehlah berjalan sendiri mendapatkan ayam dan daging itu beserta rempah beratus ratus :)

Telah kita memasuki zaman besi sekarang.....
Kari Ayam... tapi ketika ini menggunakan kari yang sedia dalam botol... tapi ditambah sedikit dengan bebrapa bahan lain supaya karinya menjadi kari yang lebih kaw mengikut citarasa saya...
di-iringi Terung masak kicap.... i lyke... hahahaha...


Dan... zaman semakin maju... kerana mempunyai lebih dari 2 lauk... hahaha


Dan dituruti lagi dengan pelbagai percubaan lain.... termasuk kari ayam yang lebih original... (tapi saya masih merasakan rempah kari Shan itu tidak sesedap rempah kari Alagappas mahupun Baba's) tapi bersyukurlah jumpa rempah kari ayam, toksah komplen2 ok... :P

Tetapi ada sesuatu masih tidak lengkap.....
Sambal! Ya sambal..... dan tidak ada sambal peket yang ku temui di sini.. oleh sebab itu...

zaman pemodenan: ku mendapatkan sebijik blender yg comel... blender yang sepatutnya digunakan untuk membuat smoochies.... telah menjadi blender cili ku... harharhar....


.. akhirnya bahan2 yg ku perlukan telah ada!!! yey! sambal telur :D


Begitu teruja tak tunggu letak di pinggan... hahahhaa..

Lepas ni boleh lah masak lebih byk sambal...wee... sambal Udang... yahuuu... dah beli udang! mahai udang dia kt sini... menci i! Oh ya, dan jugak masak daging... yeahh...

dan of cos, sekali sekala memasak spageti dan sewaktu dengannya, kerana bahan-bahannya lebih mudah didapati ;-)


Kesimpulannya, walaupun saya adalah tidak Terer or terror memasak ...
tetapi berkat skil memasak basic suatu ketika dahulu.... adalah amat membantu saya dalam meneruskan hidup seharian di sini... memasak adalah lebih menjimatkan dan juga memuaskan hati (sedap tak sedap i sowang je tau, hahahhahaha).



Sekian... tenkiuuuu....

No comments: